Saturday, 12 July 2014

Nasi Ayam Penyet

Assalamuailaikum...Kali ini saya nak share resipi nasi ayam penyet. Dulu masa belajar kat Johor, selalu makan nasi ayam penyet ni. Resipi saya try bulan lepas, baru ada masa nak share hari ini. Alhamdullilah, sekali try ayam penyet menjadi. Cume, sambal ayam penyet saya try dua kali baru menjadi.


Ok, ini resipi nye:


Untuk Ayam Penyet - Rasa ayam penyet ni lebih kurang seperti ayam berempah  :
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kepada 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan. Air rebusan ayam boleh digunakan untuk membuat sup ayam
1/2 sudu besar jintan manis - digoreng tanpa minyak
1/2 sudu besar jintan putih - digoreng tanpa minyak
3 sudu besar biji ketumbar - digoreng tanpa minyak
1 sudu besar kari ayam
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai - Untuk menghasilkan serdak
Sedikit air
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar (kecuali minyak masak) dan dikisar sehingga halus.
2. Lumur bahan yang dikisar pada ayam semalaman- Makin lama diperap makin sedap. Saya sempat 4 jam sahaja, tapi itu pun dah sedap.
3. Setelah perap semalam, biarkan ia pada suhu bilik.
4. Panaskan minyak dan goreng sehingga goreng. Gunakan api yang sederhana, untuk mengelakkan rempah hangit dan ayam tak masak.
5. Taburkan serdak hasil dari gorengan keatas ayam goreng.

Untuk sambal ayam penyet - Confirm sedap! :D
Bahan-bahan:
ikan bilis
Sedikit belacan
3 ulang bawang merah
3 ulang bawang putih
10 cili padi - ikut selera
5 cili merah - ikut selera
1 biji tomato - dipotong dadu
garam secukup rasa
Sedikit gula merah - ikut selera
Sedikit jus limau/lemon
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, goreng ikan bilis dan belacan, goreng hingga wangi dan angkat.
2. Kemudian, Goreng bawang merah, bawang putih, tomato, cili padi, cili merah hingga layu. Tutup kuali ketika menggoreng kerana cili mudah meletup.3.Kemudian, masukkan semua bahan gorengan dalam lesung batu, tumbuk perlahan2 hingga hancur.  Sekiranya tak dapat menumbuk, boleh juga dikisar dengan pengisar. hasil yang sama. 
4. Kemudian, masukkan garam, gula , gula merah dan jus limau secukup rasa.
5. Last sekali,  masukkan semula sambal belacan yang dah ditumbuk ke dalam kuali dan goreng didalam minyak yang sedikit 5 minit dengan api perlahan.
Ok, siap!! Untuk lebih jelas tentang cara buat sambal ayam penyet, boleh direfer pada video ini
** Boleh dilebihkan kuantiti cili hijau dan merah kerana apabila sambal ayam penyet digoreng, cilinya jadi kurang pedas. 

Untuk Sup Ayam
Bahan-bahan:
 Ayam dan kaki ayam - dipotong kecil
2 batang kayu manis
Bunga Lawang
Biji pelaga
Ketumbar
Daun sup
2 Bawang merah dan bawang putih
Halia
Bawang goreng
Sup bunjut adabi
Air rebusan ayam
Garam

Cara penyediaan:
1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia. Kemudian tumis dalam periuk. Kemudian, masukkan bunga lawang, biji pelaga, kayu manis dan ketumbar. Tumis sehingga naik wangi. 
2. kemudian, masukkan air rebusan ayam kedalam periuk yang sama. Panaskan sehingga mendidih. Masukkan ayam dan sup bunjut. 
3. Setelah ayam masak, masukkan sedikit garam.
4. Setelah siap, taburkan daun sup dan bawang goreng. Ok, siap!

Untuk Ulam-ulaman:
2 batang kacang panjang - dipotong
3 keping daun kubis
Tauhu- dilumur dengan rencah ayam penyet dan digoreng.
Tempe - dilumur dengan rencah ayam penyet dan digoreng.

Terima kasih pada tuan resipi ini kerana share cara untuk membuat ayam penyet dan blog ini untuk cara membuat sambal ayam penyet. Ok, sekiannn..... Selamat mencuba! :D