Thursday 11 September 2014

Cheese Cake Oreo Mufin

Assalamualaikum, kali ni saya nak share resipi cheese cake oreo mufin. Sedap tapi agak costly sebab kite guna based cheese semata. Mungkin next baking, boleh try tambah tepung sikit n blh tambah kuantiti cheese tu...




Langkah awal:

1. Sebelum membakar,panaskan oven terlebih dahulu lebih kurang 10 minit. Ini untuk memastikan cheese cake muffin tadi tak hangit dibahagian atas dan bawah
2. Isi separuh adunan dalam bekas muffin, kerana apabila ia masak ia akan naik mengembang.

Resipi ini untuk penyediaan 10-11 biji muffin. Next time saya try adjust tambahkan tepung untuk dapatkan kuantiti mufin yg lebih banyak yer.. :)


Crumb (Kerak bawah)

Saya ada cuba 3 jenis crumb. Tapi yang paling best crumb yang ketiga.
1- Crumb oreo. Letak oreo didalam bekas muffin
2-Oreo hancur mixed with butter. Cairkan butter dulu, baru gaul dengan oreo hancur. Jangan terlalu banyak butter, nanti crumb jadi keras lepas masak.
3- Oreo + Coklat hershey (jenis cair)

Bahan Adunan Cheese

1. 230 g cream cheese, saya guna tatura (suhu bulik)
2. 60-70g gula halus - bergantung kepada kemanisan
3. 1/2 sudu teh vanilla extract
4. 1 biji telur, dipukul lembut
5. 60 g sour cream, lemon extract or yogurt original pun boleh...Saya guna lemon extract.
6. Garam

Penyediaan Adunan Cheese

1. Pukul cream cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana. Secara beransur-ansur tambahkan gula dan kacau sehingga sebati. Kemudian, tambahkan vanilla extract.
2. Masukan telur, sour cream dan garam.
3. kemudian, masukkan biskut yang telah dipecahkan separa hancur ke dalam adunan cheese tadi, gaul perlahan. Isikan adunan cheese kedalam muffin- half level.
4. Taburkan oreo hancur diatas cheese dalam mufin tadi,
5. Bakar didalam oven selama 36 minit pada suhu 145 deg cel. Suhu dan masa bergantung kepada oven anda. Yang penting, pastikan oven dipanaskan dulu sebelum dibakar. Cheese cake mufin masak apabila permukaan atas kekuningan dan boleh dicucuk dgn lidi untuk memastikan ia masak. Sekiranya tiada cheese yang melekat pada lidi, bermakna cheese cake kita da masak..heee
6. Biarkan cheese cake muffin sejuk didalam oven. Selepas lebih kurang 15 minit, boleh masukkan kedalam peti ais dan boleh nyum-nyum! :) :)

**Untuk mendapat potongan cheese yang cantik, gunakan pisau yg dipanaskan terlebih dahulu. Insyallh kek dpt dipotong cantik dan kemas.




Selamat mencuba! :)

Saturday 30 August 2014

Asam Pedas Pari Claypot

Assalamualaikum.. harini saya nak marathon share resepi yang lama tersimpan dalam buku. Saya pernah buat asam pedas menggunakan claypot.. Rasenyer memg lain dan lagi sedap. Rasanya tak rugi kalau korang beli claypot untuk digunakan memasak asam pedas. Dijamin sedap! hehe...

Ok, Lets start...




Bahan-bahan:

Bahan A
Sedikit jintan manis
Segengam cili kering (direndam air panas dulu)
1 inci kunyit hidup
Belacan
Bawang putih dan bawang merah
Halia

Bahan B
Tomato
Bendi
Daun kesum
Air asam Jawa
Ikan Pari/ Ikan kembung




Cara penyediaan

1. Kisar bahan A sehingga halus
2. Kemudian, masukkan bahan A ke dalam periuk dan masak. Masak sehingga minyak naik. Kemudian, masukkan sekali serai dan daun kesum.
3. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa. Panaskan sehingga mendidih.
4. Kemudian, masukkan ikan. Setelah ikan masak, masukkan tomato bendi. Masukkan sedikit garam dan bahan perasa. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidang.




Friday 29 August 2014

Kek Coklat Moist Meleleh (Kukus version)

Assalamualaikum.. Hari tu ternampak kek coklat moist kat fb.. Nampak sedap sgt.. Bagi saya, kek coklat moist tu kalau sedap tak payah topping coklat ganache pun takpe...Dah perfect! Cume kalau nak tambah kecoklatan dan kemoistan blhla tambah topping coklat ganache..hihi... Selama ni kalau buat kek coklat, mesti tak moist sgt, kering dan tak terasa coklatnyer. Kali ni buat, terasa coklatnye, moistnyer n bile tambah topping coklat cair memg sgt sedap.. Korang boleh try resepi ni. Gula dan susu tak terlalu manis, sume dah sempurna. Kalau nak kurangkan manis lagi, blh ikut citarasa masing2.. :)

Untuk buat kek ni sangat senang. Tak perlu mixer. Just blender- untuk telur, Senduk- untuk gaul adunan tepung. Saya suke topping coklat ganache yang ni lebih dari coklat ganache pada entry kek coklat lapis cheese sbb lebih pekat, tak keras masuk peti ais dan manis-manis susu. Sesuai dengan pahit2 kek coklat ni.



KEK CHOCOLATE MOIST
Bahan-bahan:
Bahan A
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbuk koko - kalau nak kurangkan pahit, boleh kurangkan kuantiti koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak

** Semua bahan digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga pekat.
**Rehatkan sebentar bila semua bahan dah sebati

Bahan B
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
**Semua bahan yang diayak

Bahan C
4 biji telur - diblender/dimix/dipukul sampai berbuih

Cara-caranya
1- Satukan bahan B dan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul menggunakan senduk
2- Bila bahan telah sebati, tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak. Saya masukkan beberapa ketul coklat masakan dalam adunan supaya ia cair dalam kek selepas masak
3. Kukus adunan selama 30-45 minit / Bakar adunan selama 45-50 minit suhu 180 deg celcius
4. Ok, siap!


TOPPING COKLAT GANACHE
Bahan-bahan:
300 gm coklat masakan-dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas


Cara-caranya
1- Panaskan susu cair dan susu pekat - guna kaedah double boil
2- Masukkan coklat masakan yang telah dikisar halus dan kacau sehingga cair dan sebati
3. Padamkan api, dan masukkan butter. Kacau sehingga cair. Curahkan 1/2 coklat ganache ke atas kek. Biarkan 15 minit supaya ia meresap kedalam kek.
4. Panaskan lagi 1/2 coklat ganache dan masukkan air panas. Kacau sebati dan curahkan keatas kek.
5. Ok, siap!blh masukkan ke dalam peti ais.


Nah, saya belanja gambar kek choc moist.. :) :)












Friday 25 July 2014

Kek Buah Moist Kukus

Assalamualaikum...hai korang, kalau time raya kan mesty ramai sedara mara, kawan-kawan akan datang beraya kan. Hah, masa nila korang boleh sediakan desert yang best. Salah satu desert yang best adalah kek buah. kebanyakkn makcik-makcik ni suke kek buah sebab lembut, senang makan dan rasa manis buah. Dalam resepi ni saya dah kurangkan jumplah gula, tapi kalau korang nak kurangkan sikit lagi pon ok, sbb buah2 kering dalamnyer pun dah manis.. :)

Ok, malam semalam saya buat kek buah. Sangat sedap, lembut dan sesuai dijadikan pemanis mulut semasa raya nanti. Sebelum ni saya pernah buat kek buah bakar, tapi kek agak berderai berbanding dengan kek kukus, lebih lembap.


Resipi ini saya dapat dari sini : Tuan blog  ini

Disini saya ringkaskan resipinya.

Bahan-bahan:
250 gm butter
260 gm gula pasir - next baking, mungkin saya akan kurangkan lagi jumlah gula. tak minat manis :p
60 gm air panas
500 gm buah campuran - disebabkan saya tak suka buah pala, saya beli campuran buah kismis kuning dan hitam
3 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan-bahan ayak:
1 sudu kecil cream of tartar
2 sudu kecil soda bikarbonat
350 gm tepung gandum

Cara penyediaan:

1. Masak gula pasir diatas kuali sampai warna keperangan (jangan sampai hangus). kemudian, letakkan air panas. Kemudian, masukkan butter dan biarkan ia cair. Gunakan api yng kecil jer yer. Kemudian, masukan mixed fruit dan biarkan ia mendidih. Setelah itu, angkat dan sejukkan pada suhu bilik. Selalunya saya biarkan kat luar selama 3-4 jam, supaya air manisan dapat meresap masuk kedalam mixed fruit tu.

2. Masukkan semua bahan ayak ke dalam bahan gula yang dimasak dan disejukkan tadi sedikit demi sedikit dan gaul dengan senduk kayu hingga rata dan sebati.

3.Dalam bekas lain, pukul telur sebentar atau gunakan mixer. Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi dan kacau sehingga menjadi adunan yang betul betul sebati. Kacau dengan senduk kayu juga.

4. Kukus selamat 3 jam di dalam pengukus yang telah dipanaskan airnya.  Kukus dengan api yang sederhana jer. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan ditambah dengan air panas

5. Alas tutup pengukus ngan tuala/kain supaya wap air tidak menitik ke atas kek yang dikukus atau tutup loyang/bekas dengan aluminium foil yang dilenser dengan mentega semasa mengukus kek supaya kek tidak melekat di aluminium foil.

6. Bila kek ni dah masak, buka penutup kukusan dan biarkan kek ni dalam pengukus dulu hingga sejuk. Jika terus angkat buah akan turun. Pastu bolehlah keluarkan dari pengukus. Potong kek bila ia benar benar sejuk, lebih bagus, biar kan ia semalaman dalam tudung saji. 





Selamat mencuba! :D

Thursday 24 July 2014

Biskut Dahlia Lembut Rangup

Assalamuaikum dan bakal selamat hari raya semua..hehe Tinggal lagi beberapa hari jer nak raye kan.. Smalam turn saya buat kuih, saya memilih buat kuih dahlia sebb sedap, lembut jer dimakan and become one of my favourite cookies during raya celebration. Semalam first time buat tanpa guide mak dan adik. Alhamdullilah menjadi. resipi ni sgt senang sebb just guna tepung jagung dan tanpa telur. So simple as that! So, korang, boleh try tuk raye ni, masih sempat lagi ni! :D

Nila kuih dahlia sayerrr! :)



Resipi ni saya refer dr fb. Terima kasih sgt kat akk yng share resepi ni, siap gambar lagi. Memng sangat senang nak ikut. Ini linknyee Kalau korang ikut steps saya or dari link ni, insyallah menjadi.. :D

Ok, ini resipi nyer:

Bahan-bahan: 
Sila pastikan semua bahan berada  pada suhu bilik
250 g butter cup
50 g gula halus
110 g susu pekat manis - rasa nice2 jer...tak terlalu manis :)
1 sudu teh esen vanilla
400g tepung jagung **
30 g tepung kastard **
** Bahan perlu diayak terlebih dahulu


Langkah penyediaan:
1. Masukkan butter dan gula halus ke dalam mixer. Pukul sebati   (adunan hampir jadi warna putih)
2. Masukkan susu dan esen vanilla. Pukul sebati menggunakan mixer. Sebentar sahaja.
3. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung kastard ke dalam adunan tadi dan gaul lembut mengunakan senduk kayu. Setelah nampak rata, gaul guna tangan dan membentuk doh. Doh ni sangat lembut tau dan berwarna kekuningan.
4. Sekiranya mahu dahlia berwarna-warni seperti dahlia saya, boleh bahagikan dan warnakan doh kepada dua warna yang berbeza. Satu doh saya letak warna merah.  Tapi kalu nak warna kuning normal, boleh terus guna doh yang dibuat tadi.  Doh hendaklah sentiasa ditutup dengan kain basah, untuk mengelakkan doh keras. Sekiranya keras, susah untuk bentuk kan ia dalam acuan.


5. Selepas itu, boleh la tekan doh kedalam acuan bunga untuk membuat bunga dahlia. Demo buat bunga dahlia saya refer kat sini , pada part akhir video tu.
6. Setelah itu, bakar dalam oven pada suhu 160 deg celcius selama 17 minit. Saya cube set oven suhu 170 deg celcius, namun biskut saya tukar jadi warna kegelapan. So, saya rasa suhu 160 deg celcius adalah suhu yg sesuai.
7. Siap! Da boleh makan... :)


Biskut dahlia sebelum dibakar:


Biskut dahlia selepas dibakar:




Friday 18 July 2014

Kek Marble Coklat Susu

Salam korang,  kali ni saya nak share resipi kek marble. Actually, bagi org yang biasa buat kek mungkin bagi diorg kek ni senang. Tp sy buat kali kedua baru menjadi kek ni. Tak thula mana yang silap..hehe.. Tp alhamdullilah at last kek ni jadi n dapat tido dengan aman malam tu tanpa pikir ''nape kek tak jadi''..hehe.
Okla, nila kek marble yang sy buat...


Alhamdullilah jadi n insyallah sedap.. :)

Ok, ni resipinya:
credit to tuan blog: sini Terima kasih tak terhingga atas resipi yang best ni..


Bahan-bahan:

250gm butter
200gm gula kastor
5 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan susu pekat
2 sudu makan koko (bergantung kepada citarasa)
250gm tepung gandum (sy sangan tepung gandum dalam kuali dgn api yang sederhana untuk meringankan tepung, ni optional tau) **
2 sudu kecil baking powder **
** diayak terlebih dahulu

p/s: Pastikan semua bahan pada suhu bilik.

Cara penyediaan:

1- Pukul butter bersama gula sehingga kembang ( warna hampir putih)
2- Kemudian, masukkan telur satu persatu dan pukul sebentar. Selepas tu, masukkan esen vanilla dan susu pekat dan pukul sebentar.
3- Kemudian, masukkan tepung+baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan menggunakan senduk hingga sebati.
4. Setelah adunan sebati, bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan digaul dengan koko dan lagi satu adunan plain.
5. Setelah siap, letakkan aduanan coklat dan plain secara bergilir (untuk wujudkan warna berbelang2). Adunan memg agak pekat.
6. Kemudian, bakar di dalam oven pada suhu 160 celcius selama 40 minit. (bergantung kepada oven korang)

**(Pastikan oven dipanaskan dulu selama 15 minit sebelum diletakkan adunan. Ini bagi mengelakkan kek hangit diatas dan dibawah kek)



Dari pandangan rentas kek





Ok, Selamat Mencuba! :)




Monday 14 July 2014

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Hai korang, minggu lepas saya ada buat kek coklat lapis chese sempena hari jadi saya. Alhamdullilah, sekali buat menjadi..sedap lak tu..hehe... Disebabkan kek ni sedap, rase rugi lak kalau tak share ngn korang..hehe...

Ok, nila kek harijadi saya tahun ni!!Insyallah, kalau ikut segala tips dan pantang larang semasa kukus, mesti blh jadi kek nyer..


Ok, ni resepinye:

* Sebelum mula membuat kek, pastikan semua bahan berada pada suhu bilik yer.

Bahan-bahan - Kek cheese
250 gm cream cheese - saya guna jenama tatura, satu peket 250 gm
60 gm gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 biji telur- saya guna gred B
1sudu besar air
i sudu tepung gandum

Cara penyediaan:
1. Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Saya guna hand mixer.
2. Masukkan telur diikuti air dan tepung gandum. Pukul lagi sehingga sebati.
3. Biarkan sebentar.

Bahan-bahan - Kek coklat
2 biji telur- gred B
1 cawan gula halus - bergantung kepada cita rasa masing-masing
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak
1 cawan tepung gandum **
3 sudu besar serbuk koko**
1 sudu kecil baking soda**
1/2 sudu baking powder**

** Diayak terlebih dahulu.

Cara penyediaan:
1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. sau guna hand mixer.
 Setelah kembang, masukkan esen vanilla dan garam.
2. Kemudian, masukkan air panas, susu cair dan minyak masak. Dan, kacau sebentar.
3. Setelah itu, masukkan tepung gandum, baking soda, baking powder dan serbuk koko yang telah diayak. Gaul sehingga sebati dengan menggunakan sudip kayu sahaja.
4. Kemudian, biarkan sebentar dan bahagikan kepada dua adunan.

Cara mengukus kek:

1. Panaskan kukusan dengan api yang sederhana. Balut penutup kukusan dengan kain yang bersih, untuk mengelakkan air kukusan jatuh kedalam kek.
2. Sapu sedikit mentega disekeliling loyang dan alas dengan kertas minyak/ aluminium foil.
3. Tuang separuh adunan coklat kedalam loyang dan ditutup dengan aluminium foil. Kukus selama 15 minit.
4. Selepas 15 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan kek coklat. Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan cream cheese diatasnya dan ratakan. kemudian, tutup balik menggunakan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
5. Setelah 20 minit, buka aluminium foil dan tengok keadaan cheese cake.  Sekiranya sudah masak gebu, tuang pula adunan kek coklat diatasnya dan ratakan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
6. Setelah kek sejuk, tuang coklat ganache diatasnye. Alhamdullilah siap!


Bahan-bahan - Untuk coklat ganache
150gm coklat masakan - saya guna jenama Nona/Hershey Semi Sweet
1/4 susu cair
1 sudu besar minyak/mentega

Cara penyediaan:
1. Panaskan susu dan coklat masakan (kaedah double-boiler). Jika direct api, coklat boleh hangit.
2. Padamkan api dan kacau sehinga cair.
3. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga cair. Ketepikan


**Kek ni sedap, sehari buat esok dah nak abis. Adik saya, adam sukeee sangat makan kek ni..




Kek sebelum coklat ganache:



Kek selepas coklat ganache:


Resipi ini saya refer dari blog ini . Terima kasih pada tuan blog.
Selamat Mencuba..